Tuesday 31 December 2013

MAJLIS TAALIM DARUL MASRI AKHIR 2013 DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEM AL QURAN TAHFIZ DARUL MASRI NOV-DIS2013

InsyaALLAH Majlis Ta'lim Darul Masri  yang akan dibimbing oleh Sheikh Abd Razak Al Masri bermula pada 19hb Disember 2013(Khamis),18 Safar 1435H  di Masjid IttIfaqiyah Jalan SG 1/26 Taman Sri Gombak  Batu Caves  selepas maghrib

Acara Penyampian Sijil Hafalan  1Juzuk Al Quran disampaikan pada para pelajar Kem Al Quran Darul Masri Cuti Sekolah Nov-Disember  2013

Monday 30 December 2013

MAJLIS TAALIM DARUL MASRI BERSAMA TETAMU JEMPUTAN TV9 HJ AHMAD NOR DAN SYEKH SOLEH IBN ALI AL FAKIR DARI YEMEN

Majlis Taalim Darul Masri telah diadakan Di Tahfiz Darul Masri pada 12 Disember 2013 Khamis,
 (9 Safar 1435H) sempena Kem Al-Quran Tahfiz Darul Masri Nov-Dis 2013 .


Majlis Taalim Darul Masri di sampaikan oleh Syekh Abdul Razak Al-Masri Pembimbing Tahfiz Darul Masri. Dalam ceramahnya antara lain  menyentuh mengenai kepentingan dan pengukuhan silaturrahim antara ulama, tolib (pelajar) keluarga sahabat, jiran tetangga dan seterusnya masyrakat dalam membentuk kesatuan umat Islam yang harmoni. Majlis juga dihadiri oleh Syekh Ali Soleh Ibn Ali-Al Fakir dari Yemen

Turut Hadir dalam Majlis Taalim Darul Masri iaitu Tetamu Jemputan Khas TV9, Tuan Haji Ahmad Nor bekas matan Pengacara terkenal TV3 dalam Siri Dokumentari Jejak Rasul, dan kini beliau bertugas di TV9.  Beliau menyokong segala usaha pembelajaran Tahfiz Al Quran Darul Masri dan dakwah yang selama ini dibimbing oleh Pembimbing Tahfiz Darul Masri, Syekh Abdul Razak Al-Masri. 

Beliau menyuarakan pendapat bahawa setiap individu memainkan peranan masing dalam menggerakan usaha dakwah melalui saluran dan pendekatan atau kaedah masing-masing. Menurut beliau apa yang penting mesej dakwah dapat disampaikan dengan ikhlas pada masyarakat.Yakinilah kita harus berpegang pada Al-Quran dan As Sunnah inshallah kita semua akan selamat malah mendapat rahmat 
 dan keberkatan dariNya. 

Beliau memantapkan usaha dakwah  mesej  menerusi saluran penyiaran siaran TV9
 
                                                                                      
Beliau mengambil peluang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pembimbing Tahfiz Darul Masri, Syekh Abdul Razak Al-Masri kerana dijemput sekali lagi iaitu kali ke 2 oleh TV9 dalam Program Halaqah yang akan diadakan pada 24 Januari 2014(Jummat)di Masjid Negara. Semua dijemput hadiri.

Majlis Tallim Darul Masri diakhiri dengan Bacaan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Tahfiz Datrul Masri. Sekian semuga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat darinya sentiasa. Amen Ya Rabball alamen.....